Pages

Penyakit kardiovaskular lemah jantung

Lemah jantung
Lemah jantung adalah satu keadaan yang kompleks. Ia disebabkan oleh mempengaruhi keupayaan jantung untuk mengepam darah yang secukupnya untuk memenuhi keperluan badan.

Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur.

Sebab-sebab lemah jantung:

  • Penyakit jantung koronari
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah injap jantung
  • Kadar denyutan jantung yang luar biasa
  • Penyakit otot jantung (cardiomyopathies)
  • Diabetes
  • Penyakit jantung akibat alkohol
  • Penyakit Kelenjar Tiroid


Simptom

  • Letih
  • Sesak nafas
  • Aktiviti fizikal yang terhad
  • Bengkak Kaki

Komplikasi

  • Aktiviti harian yang terhad
  • Kekerapan memasuki hospital
  • Kadar kematian yang tinggi (10-50%) bergantung kepada keterukan penyakit

Rawatan

Bukan farmakologi (bukan secara ubat-ubatan)

  • Pengambilan air dan garam secara terhad
  • Senaman berkala mengikut kemampuan
  • Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol

Farmakologi

  • Terdapat ubat untuk mengurangkan simptom dan memberi peluang untuk hidup
  • Memberi rawatan yang optima untuk mengawal penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan kadar denyutan jantung yang luar biasa
  • Adalah sangat penting untuk mengambil ubat secara tetap/teratur seperti yang dinasihatkan oleh doktorPencegahanPencegahan

Pencegahan

  • Cara Hidup Sihat:
    • Senaman (mengikut kemampuan-sila dapatkan nasihat daripada doktor)
    • Pemakanan sihat dan seimbang
    • Tidak merokok
    • Tidak minum minuman beralkohol
  • Mendapatkan rawatan awal dan kawalan ketat terhadap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, penyakit jantung koronari dan denyutan jantung yang luar biasa

Rehabilitasi

Program rehabilitasi yang berstruktur adalah penting untuk mencapai fungsi yang optima dan hidup yang berkualiti.

Program rehabilitasi adalah sangat penting tetapi mestilah diawasi oleh doktor dan jurulatih anda.

Kumpulan Sokongan

Yayasan Jantung Malaysia (www.yjm.org.my)

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular