Pages

Penyakit arteri koronari

Jantung
Penyakit arteri koronari berlaku apabila saluran darah menjadi keras dan sempit disebabkan oleh plak kolesterol.

Jika keadaan ini berlanjutan pengaliran darah ke otot jantung akan berkurangan. Ini akan mengakibatkan sakit dada. Jika bekalan darah berkurangan ke tahap yang kritikal, seseorang itu akan mendapat serangan jantung.

Penyakit arteri koronari adalah antara penyebab kematian utama di hospital-hospital kerajaan di Malaysia

Faktor risiko utama termasuk:


  • Merokok
  • Paras kolesterol yang tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Diabetes
  • Peningkatan umur

Faktor risiko yang lain termasuklah:

  • Kegemukan (Obesiti)
  • Kekurangan Aktiviti Fizikal
  • Sejarah keluarga di mana penyakit arteri koronari berlaku pada umur yang muda
  • Kaum etnik

Tanda & Simptom

  • Pesakit mungkin merasa sakit dada dan/atau sesak nafas semasa senaman atau melakukan aktiviti.
  • Kadangkala kesakitan boleh dirasai pada bahagian bahu, lengan, leher, rahang atau belakang badan.
  • Semasa serangan jantung, pesakit akan mengalami sakit dada secara tiba-tiba dan diiringi dengan berpeluh, loya, berdebar dan pening.
  • Dalam keadaan seperti diabetes dan usia tua, simptom mungkin ringan, luarbiasa (contohnya sakit pada bahagian ulu hati) atau tiada langsung.

Komplikasi

  • Lemah jantung
  • Denyutan jantung yang luarbiasa
  • Kematian

Rawatan

Rawatan Bukan Ubat-ubatan

  • Cara hidup sihat
    • Berhenti merokok
    • Pemakanan seimbang
    • Mengekalkan berat badan yang unggul

Rawatan Ubat-ubatan


  • Ubat diberi untuk:
    • Mengurangkan pembekuan darah / mencairkan darah
    • Mengurangkan kadar denyutan dan tekanan darah supaya mengurangkan keperluan oksigen oleh jantung
    • Mengembangkan saluran darah untuk meningkatkan bekalan oksigen
    • Pengawalan secara optima:
      • tekanan darah tinggi
      • paras gula untuk pesakit diabetes
      • Paras kolesterol
    • Semasa serangan jantung akut, pencairan darah beku adalah berkesan jika rawatan diberi dalam masa 6 jam

Prosedur pembedahan / intervensi untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung bagi sesetengah kes:

Pencegahan

Mengenalpasti dan menangani faktor risiko arteri koronari melalui:

Rehabilitasi

Rehabilitasi jantung adalah program latihan yang dipantau oleh anggota kesihatan yang berkelayakan/mahir. Ia boleh membantu pesakit pulih dengan cepat dan meningkatkan tahap fungsi fizikal, mental dan sosial.

Ia merupakan program pelbagai bidang termasuk:

  • Angioplasty - prosedur untuk membuka saluran
  • Pembedahan pintas jantung
    • Pengesanan awal faktor risiko melalui pemeriksaan perubatan secara berkala
    • Amalan cara hidup sihat:
      • Berhenti merokok
      • Pemakanan seimbang
      • Pengekalan berat badan unggul
      • Senaman berkala
      • Pengawalan secara optima:
      • tekanan darah tinggi
      • paras gula untuk pesakit diabetes
      • Paras kolesterol
    • Kaunseling mengenai proses penyakit dan kepentingan pengambilan ubat
    • Program senaman
    • Nasihat pemakanan
    • Membantu pesakit mengurangkan faktor risiko
    • Memberi bimbingan kerjaya
    • Sokongan emosi

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular