Pages

Ubat-Ubatan Tanpa Preskripsi

Apakah ubat-ubatan ‘atas kaunter’?

Ubat-ubatan ‘atas kaunter’ (OTC) adalah ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi bagi merawat gejala ringan seperti demam, hidung tersumbat dan batuk. Antara ubat bukan preskripsi yang biasa adalah ubat penahan sakit, julap, ubat selsema, ubat batuk dan antasid (ubat bagi melegakan pedih ulu hati). Terdapat sesetengah  ubat ini mengandungi bahan aktif yang tertakluk di bawah kawalan Akta Racun 1951 dan boleh didapati selepas konsultasi dengan ahli farmasi. Bahan aktif tersebut dapat membantu merawat gejala tertentu dalam dos yang sesuai.


Apakah yang perlu saya lakukan sebelum membeli ubat OTC ?

Berikut adalah panduan penting yang perlu diingati:

Gunakan ubat yang merawat masalah atau gejala yang anda alami sahaja. Minta bantuan ahli farmasi anda. Jika anda mengambil lebih daripada satu jenis ubat, beri perhatian kepada bahan aktifnya, untuk mengelakkan pengambilan bahan aktif yang sama secara berlebihan.

Jangan beli ubat jika bungkusan telah rosak atau telah melepasi tarikh luputnya. Tarikh luput memaklumkan anda bahawa produk itu tidak berkesan lagi jika tarikh itu dilepasi. Beritahu doktor anda sekiranya anda mengambil ubat OTC dengan kerap. Kebanyakan ubat OTC digunakan untuk jangkamasa yang singkat sahaja.
  • Berbincang dengan ahli farmasi tentang ubat OTC sebelum mengambilnya.
    • Dapatkan maklumat mengenai ubat sebanyak mungkin yang boleh.
    • Tanya soalan berikut:
      • Nama ubat
      • Kegunaan ubat
      • Cara pemberian atau pengambilan yang betul
      • Jumlah yang perlu diambil
      • Kekerapan masa mengambil atau menggunakan ubat dalam masa sehari.
      • Tempoh ubat perlu diambil
      • Kesan sampingan ubat tersebut.
      • Tindakbalas ubat tersebut dengan ubat lain atau makanan
      • Cara penyimpanan ubat yang betul
  • Sentiasa baca dan patuhi arahan pada label ubat.
  • Label ubat 'atas-kaunter' akan memberikan maklumat yang anda perlukan untuk mengambil ubat anda dengan cara yang betul dan memaklumkan kepada anda:
    • Bahan aktif dan tidak aktif
    • Kegunaan ubat tersebut
    • Interaksi atau kesan sampingan yang mungkin berlaku
    • Bagaimana dan bila (atau tidak) untuk mengambil ubat tersebut
    • Amaran lain
  • Pilih ubat OTC yang mempunyai bahan yang diperlukan sahaja.
  • Periksa bungkusan untuk memastikan ubat tidak terjejas dan tarikh luput.
  • Hentikan penggunaan ubat tersebut sekiranya anda ada mengalami kesan sampingan.
  • Jika anda mengesan sebarang kesan sampingan atau tindak balas yang luar biasa, laporkan pada ahli farmasi.

Apakah contoh-contoh OTC?


Jenis persediaan Tindakan Kesan sampingan
Dekongestan
Cth: , Pseudoephedrin, Phenylephrine, xylometazolin
Melegakan hidung yang tersumbat; Terutama bagi kanak-kanak yang tidak dapat tidur, makan atau minum kerana hidung tersumbat. Ia bertindak menyempitkan salur darah, oleh itu meluaskan rongga hidung dan mengurangkan penghasilan mukus. Ubat titisan hidung atau jenis semburan mungkin akan mengakibatkan kesan yang berbalik semula;contohnya : kekerapan berlakunya hidung tersumbat jika ubat digunakan berterusan. Kegunaan maksimum ubat jenis ini ialah selama 7 hari.
Antihistamin
Cth:Dexchlorphenirame, Diphenhydramine, Prometazine, Triprolidine
Digunakan untuk alahan dengan bertindak mengeringkan cecair hidung dan melegakan kegatalan Boleh mengakibatkan kanak-kanak mengantuk atau dalam sesetengah kes hiperaktif
Ekspektoran
Cth:Ammonium klorida, Guaifenesin, Ipekakuana
Bahan ini terdapat di dalam ubat batuk sirap untuk mencairkan mukus yang pekat di dalam paru-paru dan ini memudahkan pengeluaran mukus semasa batuk. Bahan ini juga terdapat di dalam kandungan ubat batuk untuk melegakan batuk yang tidak berkahak, berulang-ulang dan memenatkan serta mengganggu tidur anak-anak. Ia mengurangkan batuk dengan cara menghalang saraf batuk di otak.
Supresan
Cth:Dextromethorphan
Bahan ini juga terdapat di dalam kandungan ubat batuk untuk melegakan batuk yang tidak berkahak, berulang-ulang dan memenatkan serta mengganggu tidur anak-anak. Ia mengurangkan batuk dengan cara menghalang saraf batuk di otak.
Ubat demam / Ubat penahan sakit
Cth:Paracetamol, ibuprofen
Digunakan untuk mengurangkan demam
Untuk melegakan sakit-sakit dan lenguh otot.


Ditulis oleh: Dr. Nour Hanah Othman, Che Pun bt. Bujang, Kamariah Shamsinar bt. Kamarul Baharin, Nor Eizlin bt. Mohd Helmi, Hadijah bt. Mohd Taib, Nyaros bt. Abdullah, Rosidah bt. Din, Siti Nurul Fathihah bt. Baharudin, Hazlin bt. Othman,

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular