Pages

Kegagalan ginjal akut

Inggeris = Acute Renal Failure, Acute Kidney Injury

SEBAB-SEBAB

Antara sebab-sebab kegagalan ginjal akut adalah:
  • Sebelum ginjal
    • Hipoperfusi (kekurangan bekalan darah)
    • Ubat
      • Diuretik
      • Penyekat enzim pengubah angiotensin (ACEi)
      • Kontras radioaktif
      • Etilin glykol
      • Cyclosporin
      • Cisplatin
  • Ginjal
    • Darah
    • Rhabdomylosis
    • Vaskular
      • Nekrosis kortikal akut
      • Penutupan urat besar
        • Embolus
        • Trombosis
        • Stenosis arteri ginjal
        • Kelaran
      • Penyakit urat kecil
    • Glomerulonefritis
    • Nekrosis tubular akut
      • Masalah peredaran darah
        • Hipovolemia
        • Kejutan kardiogenik
      • Ubat nefrotoksik
      • Sepsis
    • Nefritis interstitium
  • Selepas ginjal
    • Batu ginjal
    • Neoplasia
    • Penyempitan laluan pundi kencing

PENYIASATAN

Pelbagai ujian boleh dilakukan untuk mendiagnos sebab terjadinya kegagalan buah pinggang akut. 

Lazimnya penyiasatan dimulakan dengan menanyakan pesakit soalan berkenaan penggunaan ubat-ubat yang boleh membawa kepada terjadinya kegagalan ginjal akut seperti penggunaan penisilin dan ubat antiradang bukan steroid. Sejarah keluarga juga adalah penting untuk ditanya kerana ini boleh memberikan sedikit maklumat berkenaan penyakit yang diwarisi dari ibu-bapa.

Seterusnya, penyiasatan diteruskan dengan menganalisa air kencing pesakit untuk mengesan kehadiran protein dan darah. Air kencing yang menunjukkan positif untuk darah dan protein semasa ujian urinalisis hendaklah kemudiannya dihantar ke makmal untuk diperiksa menngunakan mikroskop. Pesakit yang mengalami glomerulonefritis biasanya akan mengalami hematuria dan juga mempunyai kehadiran kas dalam air kencing.

Darah pesakit seterusnya hendaklah dihantar ke makmal unutk ujian antibodi anti-membran dasar glomerulus, antibodi sitoplasmik antineutrofil, protein reaktif-C, anti-DNA pilin ganda, antibodi anti-otot lembut, faktor nefritik c3, anti-titer streptolisin O, anti-DNAse, kultur darah, komplemen, imunoglobulin, dan kriglobulin, selain menghantar darah untuk ujian umum.

Selain itu, sekiranya perlu pesakit juga boleh dihantar untuk menjalani penyiasatan radiologi seperti ultrabunyi, CT, IVU, dan renografi isotop.

Renal biopsi juga dilakukan sekiranya diperlukan untuk membantu mendiagnos penyakit buah pinggang yang berkaitan dengan vaskulitis, glomerulonefriti dan nefritis intersititum.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular