Pages

Fibrosis retroperitoneum

Inggeris = Retroperitoneal fibrosis
Fibrosis retroperitonium biasanya berlaku pada orang lelaki yang berusia dalam linkungan 50 ke 60 tahun. Ia adalah salah satu daripada ciri yang terkandung dalam sindrom fibroelastik multifokal.

Pesakit biasanya akan mengalami sakit belakang, demam dan kehilanganberat badan.

Beberapa ubat boleh meyebabkan fibrosis retroperitoneum, iaitu 5HT2 antagonis (methysergide) dan penghalang beta (methyldopa, hydralazine)

Selain itu, ia juga telah dikaitkan dengan lupus eritematosus sistemik, skleroderma dan sindrom karsinoid.

Kewujudan fibrosis retroperitoneum boleh dikesan dengan menggunakan pielogram intavena yang akan menunjukkan ureter telah tertolak dan berada di bahagian tengah badan pesakit.

Akhirnya, fibrosis retroperitoneum boleh menyebabkan tromboembolisma dan hipertensi.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular