Pages

Buah pinggang

FUNGSI

Fungsi-fungsi buah pinggang
  • Mengumuhkan bahan buangan dari badan yang larut dalam air
  • Mengekalkan keseimbangan elektrolit
  • Mengekalkan keseimbangan air
  • Mengawal homeostasis asid dan alkali
  • Fungsi endokrin
    • Sistem Renin-Angiotensin-Aldosterone
    • Eritropoietin
    • Pengaktifan vitamin D

TUBUL

Tubul adalah struktur yang berupa salur paip yang kecil, berbentuk silinder dan kosong di dalamnya. Pada tubul ini terdapat bahan pemindah yang memindahkan bahan larut seperti elektrolit dan ubat dari satu bahagian dinding tubul ke bahagian yang lain. Terdapat beberapa jenis tubul buah pinggang:
  • Tubul proksimal
  • Gelung Henle
  • Tubul distal
  • Tubul pengumpul
Tubul proksimal

Pada bahagian tubul ini, terdapat bahan pemindah yang dinamakan NaH antiporter. 

Pemindah ini bertanggungjawab kepada penyerapan semula bahan berikut
  • 50% natrium
  • 90% bikarbonat 
  • Fosfat (menerusi hormon paratiroid)
  • Klorid. 
Bahan-bahan yang dirembeskan oleh pemindah ini ke dalam tubul termasuklah:
  • ion hidrogen
  • Ubat
    • Trimethoprim
    • Cimetidine
    • Kebanyakan diuretik
  • Kreatinina
  • Urat (urate)
Gelung Henle

Pada tubul ini terdapat perbezaan kepekatan bahan larut tinggi yang dinamakan kecerunan konsentrasi medula. Pada gelung ini juga berlakunya tempat di mana diuretik gelung contohnya frusemide menjalankan fungsinya.  40% natrium diserap kembali dari gelung Henle. 

Tubul Proksimal

Tubul ini adalah kawasan di mana diuretik thiazide menjalankan fungsinya. Selain itu di bahagian tubul ini juga terdapat reseptor untuk aldosteron. Di sini, 5% natrium diserap kembali dan air pula dirembeskan ke dalam tubul. 

Tubul Pengumpul

Pada tubul ini berlakunya menyerapan semula 2% natrium dan lithium selain dari perembesan air ke dalam tubul. Di sni, spironolaktone menjalankan tugasnya dengan bertindak ke atas reseptor aldosteron. Selain itu, tindakan ADH juga berlaku di sini.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular