Bisul merupakan satu jangkitan kulit yang biasa terjadi kepada kanak-kanak.
Bisul merupakan nanah yang terkumpul dalam satu rongga yang sangat
menyakitkan. Ia biasanya mengeras dan terdapat di sekeliling pinggang,
belakang bahagian leher, pangkal peha, atas kaki, punggung dan di bawah
ketiak. Kelompok bisul dipanggil pekung (carbuncles) tetapi perubahan
pada kulit seperti ini tidak biasa berlaku kepada kanak-kanak.
Bisul disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit yang mana pada mulanya muncul sebagai jerawat. Bakteria yang paling biasa membentuk bisul dipanggil Staphylococcus aureus.
Mereka yang lebih berisiko mendapat bisul ialah :
- Mereka yang kurang menjaga kebersihan diri.
- Kawasan penempatan yang sesak seperti di intitusi dan rumah kebajikan.
- Atopy (alahan).
- Ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang.
- Sistem imuniti badan yang lemah.
- Kurang zat makanan.
- Pesakit diabetes.
Gejala untuk bisul ini hampir menyamai penyakit kulit yang lain seperti:
- Nanah di bahagian tengah bisul.
- Keputihan, lelehan mengandungi darah daripada bisul tersebut.
- Kemerahan di sekeliling kulit yang dijangkiti.
- Biasanya di ikuti rasa teramat sakit apabila disentuh.
Biasanya penyakit bisul di diagnosa oleh doktor melalui pengamatannya.
Rawatan khusus untuk bisul ini akan ditentukan oleh doktor berdasarkan umur kanak-kanak tersebut, Keseluruhan kesihatannya dan bersesuaian dengan penyakit yang lain sekiranya ada. Ia juga bergantung kepada toleransi kanak-kanak terhadap ubatan khusus yang diberikan.
Rawatan termasuk :
- Anti-biotik yang bersesuaian (semasa).
- Melakukan demahan suam untuk menggalakkan aliran nanah.
- Pemberian ubat antibiotik secara oral atau suntikan berdasarkan keseriusannya.
- Melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah.
- Menjaga kebersihan diri dengan baik.
- Pastikan kulit sentiasa bersih.
- Basuh tangan sebelum menyentuh muka.
- Jangan berkongsi tuala mandi atau pakaian.
Pengenalan | Sebab | Risiko | Tanda & Gejala | Diagnosa | Rawatan | Pencegahan | Prognosis
No comments:
Post a Comment