Pages

Bersin


Hembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak disengajakan. Bersin adalah mekanisme pertahanan diri untuk mengeluarkan bahan iritasi dari hidung. Pada umumnya, ia tidak serius tetapi boleh mengganggu.


Penyebab yang biasa

Alergi / alahan
  • Debu
  • Kutu haiwan
  • Debunga
  • Kulat
Jangkitan virus
  • Selesema
  • Jangkitan saluran pernafasan
Bahan iritasi kepada hidung
  • Bedak
  • Asap
  • Bau yang kuat

Jumpa doktor sekiranya:
  • Bersin disertai dengan gejala seperti;
    • Sakit kepala
    • Hidung tersumbat
    • Sesak nafas
  • Bersin disertai mata gatal, sukar bernafas dan ruam badan.
  • Jika anda juga mengalami demam.

Langkah penjagaan diri
  • Dapatkan rehat secukupnya.
  • Minum banyak air.
  • Virus selesema amat mudah berjangkit sekiranya anda bersin, guna tisu atau tangan untuk menutup mulut ketika bersin.
  • Basuh tangan dengan kerap, virus selesema boleh merebak melalui sentuhan tangan.
  • Sekiranya bersin disebabkan alergi, cuba kurangkan pendedahan anda kepada bahan alergi dan dapatkan rawatan dari doktor.
  • Rawatan boleh didapati dalam bentuk tablet dan alat semburan hidung.
Tip untuk mengurangkan pendedahan di kawasan alergi / alahan
  • Jauhi haiwan peliharaan berbulu
  • Guna penapis udara untuk mengurangkan debunga atau bahan alergi dari udara
  • Elakkan dari merokok dan asap
  • Elak dari terdedah kepada orang yang dijangkiti selesema
  • Tukar atau cuci penapis udara secara berkala
  • Cuci karpet dengan penyedut hampa gas secara berkala
  • Jangan menggunakan penyapu untuk mencuci rumah, gunakan hampa gas ("vacum cleaner")
  • Kenal pasti punca bersin dan hilangkan punca bersin sekiranya boleh.
  • Ubat "Antihistamina" digunakan sebagai rawatan pertama untuk bersin disebabkan alergi.
  • Semburan hidung dari ubat steroid boleh digunakan untuk penyakit kronik.
  • "Nasal decongestants" boleh memberi kelegaan sementara. Tetapi kegunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan gejala lebih teruk.
Pengenalan | Sebab | Tindakan | Pencegahan | Rawatan

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular