Pages

Rawatan Akne/ Jerawat

Apa itu akne?

Akne ialah satu keadaan kulit di mana terjadinya perubahan seperti berikut:
  • Bintik putih dan/atau bintik hitam (akne ringan)
  • Jerawat dengan bintik putih dan/atau bintik hitam (akne sederhana)
  • Bengkak yang dalam dan menyakitkan di bahagian bawah kulit, sama ada bernanah atau tidak (akne yang teruk)
Apakah rawatan akne yang ada?

Ubat-ubat akne disediakan dalam berbagai bentuk seperti:
  • Ubat sapu (krim, losen, gel dan pencuci bentuk cecair)
  • Ubat makan (pil, kapsul)


Terdapat pelbagai jenis rawatan akne bergantung kepada tahap keterukan. Ianya termasuk:
  • Emollients
  • Benzoil peroksida, asid salisilik
  • Hormon, termasuk pil perancang keluarga
  • Antibiotik
  • Retinoids - seperti Isotretinoin
Berapa lama kah rawatan akne?

Keberkesanan rawatan boleh dilihat dalam jangka masa 3 bulan. Namun demikian, bagi kes akne yang teruk, ia boleh mengambil masa sehingga 5 bulan untuk melihat keberkesanan ubat yang diberikan.

Adakah rawatan yang diberikan mempunyai kesan sampingan?

Ya, kesan sampingan yang boleh berlaku ialah:
  • Kulit menjadi gatal, kering, merah, menggelupas, berkuping, radang
  • Sakit perut, cirit birit
  • Loya, pening, sakit kepala
  • Sensitif terhadap cahaya matahari
  • Gigi menjadi kuning
Retinoids menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk berbanding ubat-ubatan yang lain memandangkan ia adalah ubat anti-radang yang sangat kuat kesannya.

Adakah perkara yang perlu dielakkan apabila seseorang mendapat akne?

Ya, anda tidak boleh:
  • Memicit akne (ini mungkin menyebabkan parut yang berkekalan)
  • Menghentikan pengambilan ubat-ubatan sebelum tamat tempoh rawatan
  • Mendedahkan diri anda secara langsung kepada cahaya matahari
  • Minum minuman beralkohol
Ubat-ubatan untuk rawatan akne - fungsi dan contoh.


Jenis Fungsi Contoh
Emollients
  • Mencairkan sisa/daki(terutama di zon T yang berminyak)
  • Menyingkirkan sel mati yang menyumbatkan liang roma
  • Menghasilkan kulit yang licin dan lembut
  • Mengekalkan lembapan di kulit
Balneum

Benzoil peroksida, Asid Benzoik, Asid salisilik Membunuh bakteria, seterusnya menghalang pembiakan bakteria
  • Akneroxid 5 / Akneroxid 10, Benzac AC, Brevoxyl, Panoxyl (benzoyl peroxide)
  • Clearasil (Benzoic acid)
  • Palmer's skin success acne medication (salicylic acid)

Hormonal
  • Menghalang penghasilan minyak
  • Menghalang ovulasi
  • Mengatur kedatangan haid
Diane 35

Antibiotik
  • Menyerang kuman yang boleh membuat akne bertambah teruk
  • Menghalang pembiakan bakteria
  • Mengurangkan kemerahan dan bengkak
  • Aknemycin, Eryderm (Erythromycin
  • C-mycin, Dalacin-T, Topicil (Clindamycin)
Retinoids
  • Menghalang liang roma dari tersumbat
  • Memberi kesan anti-radang
  • Isotrex, Oratane (Isotretinoin)
  • Retacnyl, Retin-A, Stieva-A, Tretinon (Tretinoin
 

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular