Pages

Anorexia nervosa

Apakah Anorexia Nervosa?
  • Anorexia Nervosa adalah penyakit di mana anda tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk
  • Anda akan merasakan yang anda lebih gemuk dari yang keadaan sebenarnya, walaupun anda sebenarnya mempunyai kurang berat badan. Anda akan merasakan yang anda tidak cukup kurus
  • Anda sentiasa merasakan anda tidak cukup kurus
  • Senaman yang berlebihan merupakan satu tingkah laku yang biasa

Apakah Akibat Anorexia Nervosa?
  • Anda akan merasa murung. Anda tidak mendapat zat/ nutrisi yang cukup, maka dengan itu anda akan kelihatan dan merasa tidak sihat.
  • Gigi dan kulit bertukar menjadi warna kekuningan dan tidak cantik
  • Rambut dan kuku menjadi rapuh dan pecah
  • Rambut akan gugur
  • Rambut halus (dikenali sebagai rambut lanugo) akan tumbuh di seluruh badan anda supaya tubuh anda dapat memanaskan badan (kerana tiadanya lemak di tubuh anda)
  • Remaja perempuan akan lewat datang haid.
  • Anda mungkin mati kerana kegagalan organ.

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular