Pages

Kurang Pendengaran di Kalangan Dewasa (Bukan dari Lahir)

Pengenalan
Kebanyakan masalah hilang pendengaran di kalangan dewasa adalah berpunca daripada masalah yang didapati selepas lahir dan bukannya faktor genetik.


Definisi

Ia didefinisikan sebagai ketidakupayaan seseorang itu untuk mendengar pada satu atau kedua-dua telinga.
Ada 3 jenis masalah kurang pendengaran:
  • Masalah pendengaran konduktif - masalah ini berpunca daripada masalah pada bahagian telinga luar atau tengah
  • Masalah pendengaran sensori neural - masalah ini adalah disebabkan oleh penyakit di bahagian telinga dalam iaitu koklear dan saraf koklear yang menghantar bunyi ke otak
  • Kombinasi penyakit konduktif dan sensorineural
Kehilangan pendengaran secara tiba-tiba adalah keadaan bahaya. Ia di definisikan sebagai kehilangan pendengaran yang progresif pada satu atau dua telinga dalam tempoh tiga hari. Rawatan kecemasan perlu diberikan.

Sebab-sebab

Punca punca masalah pendengaran konduktif :
  • Jangkitan pada salur telinga (otitis externa)
  • Saluran telinga yang tersumbat disebabkan oleh benda asing, tahi telinga atau tumor
  • Kebocoran gegendang telinga disebabkan oleh trauma atau jangkitan kuman
  • Pengumpulan cecair di bahagian telinga tengah
  • Otosclerosis
  • Tumor di telinga
Hilang pendengaran dan rasa tersumbat pada sebelah telinga tanpa rasa sakit mungkin tanda-tanda awal penyakit tumor di belakang hidung( Nasopharyngeal carcinoma)

Punca-punca masalah pendengaran sensori neural :
  • Presbyacusis (masalah pendengaran disebabkan oleh usia)
  • Masalah disebabkan bunyi bising
  • Ubat-ubatan
  • Kecederaan di kepala
  • Jangkitan di otak serta selaput otak
  • Kencing manis
 
Tanda dan Gejala
  • Hilang pendengaran pada satu atau kedua-dua telinga
Gejala-gejala berkaitan :
  • Tinnitus atau bunyi berdesing
  • Telinga berair dan bernanah
  • Sakit telinga
  • Pendarahan dari telinga
  • Pening kepala / hilang keseimbangan (vertigo)
  • Sakit kepala

Komplikasi

Seseorang yang mengalami masalah hilang pendengaran mungkin mengalami masalah-masalah berikut :
  • Masalah semasa berkomunikasi terutama di persekitaran yang bising
  • Telinga berdesing (tinnitus)
  • Susah untuk menonton televisyen atau mendengar radio pada tahap biasa kekuatan bunyi (normal volume).
  • Cepat marah dan letih disebabkan oleh perlu menumpukan perhatian yang lebih untuk mendengar
  • Rasa pening atau masalah keseimbangan
Rawatan

Rawatan yang diberikan adalah berdasarkan punca-punca penyebab masalah tersebut:
  • Rawatan perubatan : ubat titik telinga, pencucian telinga oleh pakar ENT
  • Pembedahan dalam kes-kes tertentu
Masalah pendengaran sensori neural tidak boleh dirawat, oleh sebab itu pencegahan adalah lebih penting

Dalam sesetengah kes masalah sensori neural, pembedahan pacakan koklear boleh membantu pesakit
Pencegahan
Pencegahan daripada jangkitan kuman adalah berdasarkan penjagaan telinga yang baik
  • Tabiat mengorek telinga adalah tidak digalakkan
  • Elakkan air memasuki telinga dalam kes gegendang pecah atau pun telinga yang dijangkiti kuman
  • Berenang di kolam renang awam mendedahkan seseorang kepada jangkitan telinga
  • Elakkan daripada berenang atau menyelam untuk sesiapa yang mempunyai masalah telinga
 
Pencegahan untuk penyakit sensori neural
  • Elakkan daripada terdedah kepada bunyi bising seperti penggunaan walkman, menembak atau mesin-mesin yang mengeluarkan bunyi bising.( gunakan alat perlindungan telinga ).
 
Rehabilitasi
Khidmat nasihat alat bantu dengar oleh pegawai pemulihan pertuturan (Audiologist)

Khidmat nasihat pegawai pemulihan pertuturan (speech therapist) diperlukan dalam sesetengah kes

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular