Pages

Senaman

Senaman adalah sejenis aktiviti fizikal atau riadah yang selalunya dilakukan dalam jangka masa tertentu, berulangkali bertujuan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan .

Kurang Bersenam

Ianya boleh menyebabkan:-
  • Kegemukan; 1 dalam 4 kanak-kanak Malaysia adalah gemukmeningkatkan
  • Diabetes melitus Jenis 2
  • Peningkatan risiko mendapat penyakit jantung dan angin ahmar

Faedah Bersenam
  • Penambahbaikan kekuatan dan daya tahan otot
  • Penambahbaikan ketegangan otot dan postur badan
  • Membina tulang yang sihat
  • Penambahbaikan kelenturan sendi
  • Pengekalan mengawal berat badan
  • Mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes, jantung dan angin ahmar.
  • Mengurangkan tahap kebimbangan dan stres
  • Pengeluaran hormon endorphine untuk kehidupan yang sejahtera
Senaman Secara Intensif

Senaman aerobik adalah baik untuk kanak-kanak seperti:-
  • berenang
  • bermain bolasepak
  • bermain tenis
Bagi kanak-kanak yang tidak aktif , adalah disarankan untuk bersenamlah selama 30 minit sehari dan tingkatkan sehingga satu jam secara beransur-ansur

Senaman yang Selamat
  • Pakailah pakaian dan kasut yang sesuai dan selesa
  • Guna peralatan keselamatan seperti topi keledar, kaca mata yang menghalang kemasukan air (goggle), pelindung mulut, pelapik dan sebagainya.
  • Elakkan dari bersenam dalam tempoh 2 jam selepas makan.
  • Pastikan minum air secukupnya sebelum dan selepas senaman bagi mengantikan cecair yang hilang melalui peluh. Elak mengambil air berkabonet.
  • Elakkan dari bersenam di persekitaran yang tidak sesuai seperti tempat yang gelap, cuaca yang panas dan udara yang tercemar.
  • Jangan terus mandi selepas senaman. Tunggu sehingga badan menjadi sejuk dan tidak berpeluh.
  • Gunakan alat pemantul cahaya (reflector) pada baju anda ketika berbasikal atau berjoging pada waktu subuh atau malam.
  • Jika berjoging di jalanraya lakukannya dengan berlari berlawan arah lalulintas supaya anda dapat melihat kenderaan yang menuju ke arah anda. Elak bersenam di jalan yang penuh sesak dengan kenderaan.

Sesi Pemanasan Badan Sebelum Senaman

Sebab-sebab:-
  • Memanaskan otot
  • Menambahkan peredaran darah ke otot

Bagaimana untuk memanaskan badan?

Terdapat tiga peringkat yang penting:
  • Memanaskan otot-otot yang akan digunakan seperti berjoging selama 2 - 3 minit, mulakan berenang atau berbasikal secara perlahan-lahan.
  • Regangan (15 minit) - lakukan setiap regangan 10 -20 saat. Lakukan regangan tetapi tidak sehingga mencederakan otot
  • Senaman khusus - berlatih kemahiran seperti menendang, melontar atau aktiviti yang bertenaga tinggi.
Sesi penyejukkan badan selepas senaman

Sebab-sebab:
  • Merehatkan otot
  • Membuang bahan perkumuhan
  • Penambahbaikan kelenturan
Bagaimana menyejukkan badan:
  • Kurangkan tahap aktiviti secara beransur-ansur
  • Lakukan regangan yang dilakukan dalam sesi pemanasan badan sebelum senaman

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular