Sakit dada merujuk kepada sakit pada bahagian dada, bahagian atas perut termasuklah sakit pada bahagian belakang atas badan, tekak, rahang, bahu dan kedua-dua lengan.
Sakit dada merupakan satu keadaan yang perlu diambil perhatian serius memandangkan ia boleh membawa maut.
Punca
Sakit dada tidak semestinya dikaitkan dengan seseorang yang mendapat serangan penyakit jantung. Ramai juga pesakit yang mendapat sakit pada dada ini tidak mengalami serangan jantung.
- Serangan jantung (penyakit koronari jantung) berlaku apabila terdapat saluran darah ke jantung tersumbat.
- Lain-lain jenis penyakit jantung seperti masalah injap jantung.
- Pedih ulu hati yang disebabkan oleh gangguan asid dari perut.
- Sakit di bahagian perut hingga ke dada.
- Sakit di bahagian luar dada seperti otot, sendi dan rusuk.
- Penyakit berkaitan dengan paru-paru seperti asma.
- Kecederaan pada dada disebabkan oleh kemalangan atau terjatuh.
- Gangguan emosi seperti kebimbangan, panik dan tekanan
- Sakit belakang.
Rawatan
Sakit dada yang berlaku di kalangan orang muda yang sihat biasanya tidak merbahaya jika :
kadar kesakitan berubah mengikut perubahan posisi badan
kadar kesakitan bertambah teruk apabila batuk atau ketika menarik nafas dalam-dalam
sakit yang sama sebelum ini dan penyakit jantung telah dikenalpasti.
Selain dari faktor di atas, sila dapatkan nasihat doktor anda bagi mengenalpasti jika anda ada tanda-tanda penyakit jantung. Ini kerana rawatan segera dan agresif dapat dibuat untuk menyelamatkan nyawa.
Jika sakit dada yang disebabkan oleh faktor yang lain, pemeriksaan yang rapi perlu dibuat.Ujian X-Ray, endoskopi (ujian untuk melihat keadaan tidak normal pada saluran penghadaman) atau fungsi paru-paru.
Anda boleh mencuba ubat Antiasid bagi mengurangkan kesakitan pada ulu hati.
Jika keadaan bertambah teruk, berjumpalah dengan doktor.
Bila Masanya Untuk Berjumpa Dengan Doktor?
Berjumpa dengan segera apabila :
- Anda berumur >40 tahun dan mempunyai lebih dari satu risiko penyakit jantung.
- Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit jantung pada usia yang muda.
- Sakit yang kuat.
- Sakit dada apabila melakukan aktiviti.
- Sakit yang diiringi rasa lemah, mual, mengah, berpeluh, pening atau pitam.
- Rasa sakit menular ke bahu, lengan, rahang atau belakang badan.
- Rasa sakit yang lebih teruk dari sebelumnya.
- Sakit yang berterusan selama lebih dari 15-20 minit.
- Sakit yang berubah sifat.
- contoh: sakit yang semakin kerap.
Langkah Pencegahan
Ia bergantung kepada punca kesakitan dan pemeriksaan yang telah dibuat :
- Cegah daripada mendapat sakit jantung – amalkan cara hidup sihat; bersenam, tidak merokok, ambil makanan seimbang.
- Cegah daripada mendapat sakit ulu hati.
- Urus secara baik stress anda.
Bagaimana Sakit Dada Diketahui Sebabnya/didiagnosa?
Apabila anda mendapat sakit dada dan berada di Wad Kecemasan, doktor biasanya dapat mengetahui punca sakit anda tersebut dengan segera dengan melakukan ujian ECG (ujian merekod fungsi jantung secara grafik) dan ujian darah.
Harus diingatkan, hasil ujian ECG yang normal tidak semestinya menunjukkan anda bebas daripada penyakit berkaitan jantung terutamanya apabila anda ada tanda-tanda penyakit jantung yang ketara.
No comments:
Post a Comment