gout |
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
- Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
- Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
- Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
- Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
- Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
- Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
- Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Tanda Gout
- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
- Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
- Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
- Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
- Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
- Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
- Kegemukan
- Darah tinggi
- Hiperlipidemia
- Diabetes
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkahlangkah untuk mengatasinya.
Rawatan serangan akut
- Rehatkan sendi semasa serangan gout.
- Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
- Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
- Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
- Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
- Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
- Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
- Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
- Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan (Klik di sini untuk keterangan lebih lanjut..)
- Mengelakkan minuman keras
- Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
- Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:. ELAKKAN MAKAN
KURANGKAN MAKAN
- Organ dalaman seperti hati, paru-
- Asparagus, bunga kobis, paru, ginjal dan otak, cendawan dan bayam
- Ikan bilis, kembung, sardin
- Peanuts, lentil, beans and peas
- Daging cincang
- Poultry
- Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan
- Roti jagung dan bijirin daging
- Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
- Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
- Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
- Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
- Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
- Minum banyak air
- Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.
- Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
- Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
- Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat. Jika anda memerlukan lebih maklumat lanjut tentang gout, layarilah laman web Arthrits Foundation Malaysia di www.afm.org.my
No comments:
Post a Comment