Sijil Pelalian Demam Kuning adalah diperlukan dari pengembara yang datang dari Negara yang berwabak demam kuning. Pelancong-pelancong berusia setahun ke atas yang datang dari kawasan endemic perlu mengemukakan sijil tersebut enam hari sebelum ketibaan ke Malaysia. Semasa Perhimpunan Kesihatan Dunia ke 58 pada tahun 2005, Pencegahan dan kawalan Demam Kuning adalah tindakan yang perlu dititikberatkan.
Walaupun penyakit ini belum pernah dicatatkan di Malaysia, risiko penyakit demam kuning adalah tinggi memandangkan Malaysia mempunyai faktor sediada seperti wujudnya nyamuk Aedes aegypti, monyet dan hutan tropika. Virus demam kuning boleh dibawa oleh pelancong ke Malaysia atau rakyat yang pulang dari melancong negara yang mempunyai wabak penyakit ini dan tidak mengambil pelalian.
Tanda dan Gejala
Apabila berada dalam sistem tubuh, virus tidak memberikan sebarang kesan dalam tempoh 36 hari (semasa proses eraman). Peyakit ini mepunyai 2 fasa/peringkat. Peringkat pertama adalah peringkat akut.
Peringkat kedua adalah peringkat keracunan toksid.
Gejala penyakit ini adalah menunjukkan keterukan yang berbeza daripada Sindrom Influenza kepada sakit hepatitis atau demam berdarah. Gejala peringkat akut termasuklah demam, pening kepala, menggigil, sakit otot, loya dan muntah. Dalam kes yang luar biasa, denyutan nadi boleh menjadi perlahan. Gejala ini akan hilang dalam masa 3-4 hari.
Walau bagaimanapun, dalam masa 24 jam selepas gejala ini muncul, sebanyak 15%
indivivdu yang dijangkiti berisiko mengalami peringkat kedua-peringkat toksik. Sekiranya ini berlaku, gejalanya adalah seperti demam, warna kuning pada kulit (jaundis-kerosakan pada hati), sakit di bahagian abdomen dan muntah. Pendarahan dari mulut, hidung, mata dan/atau perut (yang mana darah boleh didapati dari muntah dan najis). Kerosakan buah pinggang juga boleh terjadi.
Sebanyak 20-50% pesakit yang mengalami fasa/peringkat toksid ini mati dalam tempoh 1014 hari.
Pesakit yang sembuh biasanya tidak mengalami kerosakan besar pada organ dan akan mendapat perlalian kekal terhadap penyakit sepanjang hayat.
Komplikasi
Kadar kematian akibat demam kuning boleh mencapai lebih dari 50%.
Rawatan
Tiada rawatan khusus untuk demam kuning. Walau bagaimanapun rawatan perubatan yang berkesan boleh membantu pesakit berasa selesa, dan kebanyakan gejala boleh ditangani. Umpamanya demam boleh dirawat dengan paracetamol. Rawatan rapi memberi manafaat kepada pesakit yang tenat
Pencegahan
Pengambilan Pelalian adalah sangat penting sebagai cara pencegahan demam kuning. Bagi kalangan penduduk yang mempunyai tahap pelalian rendah, langkah pengawasan dan pencegahan adalah satu keutamaan. Kawalan rapi perlu bagi menggelak rebakan wabak. Mengawal pembiakan nyamuk adalah langkah utama dan berkesan.
Pelalian mencegah demam kuning adalah cara paling berkesan untuk mengelakkan penyakit dibawa masuk ke Malaysia oleh pelancong . Semua pelancong dan rakyat Malaysia yang berusia lebih dari satu tahun, pulang dari negara yang mempunyai wabak demam kuning perlu mengemukakan sijil pelalian demam kuning. Kegagalan menunjukkan sijil pelalian demam kuning akan menyebabkan mereka dikuarantikan selama 6 hari. Sijil pelalian pencegahan demam kuning sah selepas 10 hari pelalian diberi dan berkesan selama 10 tahun. Pelalian demam kuning boleh diperolehi di Klinik-Klinik yang diiktiraf di Malaysia.
No comments:
Post a Comment